UTM lancar superkomputer GPU untuk penyelidikan AI
Universiti Teknologi Malaysia melancarkan infrastruktur pengkomputeran berprestasi tinggi berasaskan GPU pada 2 Oktober, dalam Perhimpunan Naib Canselor di UTM Kuala Lumpur. Menurut Bernama, UTM ialah universiti awam pertama di Malaysia yang memiliki sistem seumpama itu, yang disifatkan sebagai superkomputer GPU terpantas dalam kalangan universiti awam.